add!

Followers

Monday, May 9, 2011

3 Video : Kes Buli SMK Raja Abdullah & Selamat Hari Ibu

Gila kau 3 video untuk hari ni. Hmm.. hari ni saya ada dua cerita. Kita ke cerita tentang guru pelajar dulu. Sila baca dengan edisi marah!

video

Cepat tengok sebelum video ni di delete untuk kali kelima. Ponat den cari backup weyh.

Agak Sangat kurang hajar bila si pembuli untuk membuli dengan menggunting rambut, menjerut leher, memukul, melempang, dan pelbagai 'me' lagi yang telah dibuat. Sebagai seorang bakal guru, saya berasa sangat geram dan marah dengan aksi smackdown itu!

Menurut sumber yang tidak dikenal pasti identitinya, kejadian berlaku di waktu rehat. Jadi totally menolak dakwaan bahawa guru di sekolah itu tidak menjalankan tanggungjawab kerana tidak masuk kelas untuk mengajar.

Buli kerana cemburu. Entah apa yang dicemburukan entah. Budak yang dibuli itu kelihatan seperti kanak-kanak istimewa. Mungkin ada guru atau kawan yang menyebelahi pelajar istimewa itu. Umur mereka semua ini 13 tahun. Ada juga yang kata 16 tahun.

Kementerian dah ambil tindakan. Tapi ada ura2 kata ibu bapa si pembuli tu tak percaya yang anak dia membuli, sebab anak dia sangat baik kat rumah. Heh. Itulah mak ayah zaman sekarang. Percaya sangat cakap anak. Di rumah malaikat, di sekolah syaitan. Dah tu, siap tuduh sekolah buat fitnah kat anak dia lagi.. Haih..

Begitulah ceritanya. Nak tengok muka pembuli tu, klik link ni. Credit to you.

Cerita seterusnya. Khas buat Mama.


Orang tanya saya.. siapa wanita paling perfect yang pernah saya jumpa dalam hidup saya?

Dan saya akan menjawab.. Mama!

Orang tanya lagi.. siapa sahabat terbaik yang pernah hadir dalam hidup saya?

Dan saya masih menjawab.. Mama!

Masih tak puas hati, mereka tanya lagi.. siapa wanita yang layak digelar superwoman yang pernah saya jumpa sepanjang hidup saya?

Dan saya masih dengan jawapan.. Mama!

Di bawah ini lagu sedih.. Belaian Jiwa Ibu nyanyian Hijjaz. Lirik dia buat sentap hati mak nak.. Sangat meluluhkan jiwa yang sedang jauh di rantau. (Ceh! Rantau lah sangat!)


Dan bawah ini lagu happy tapi sangat sedih. Apa macam itu? Dengar dan hayati liriknya. Who next? Your mother.. lalalala...


Selamat hari ibu Mama. Hari ibu itu hari2. Tapi, kalau setiap hari wish.. "Happy Mother's Day Mama!" lama2 Mama pun naik bosan tentunya. Jadi, kita pilih hari ini untuk wish ucapan keramat itu.

*Nantikan bila ada anak nanti, mesti dia wish.. "Happy Mother's Day Mak!" and cepat2 saya kata.. "Not Mak la. Say Mama la dear.." Kah3 demand!

5 suara hati..:

GematriA™ said...

Kes buli: hurm.. biasalah tu.. silap2 bapa sipembuli tu akan saman sekolah. mungkin kementerian juga. Agaknya perlu video ini ditunjukkan, barulah diurang pecaya.



Selamat hari Ibu: ehem.. ehem.. Selamat Hari Ibu kepada mama Cikgu Dyana.
Lalalala

n!da said...

saye masih teragak2 lagi nak soh anak panggil ape.

panggil mak macam bes.
panggil ibu macam serius sgt.
panggil mama..err..demand
panggil ummi oke gak.
tabole nak decide agi arh..

Prince Halilintar said...

Slmt Hari mama eh..hehe..

ade bg ape2 ke kat mama dya?

Achu Rafy said...

10 kali aku ulang video nie.. meruap2 rasa hati.. grrrrrr..... tu kanak2 istimewa tu...

Selamat hari Ibu untuk Mama Dyan... panjang umur kita bertemu...:)

|| a - j . E . E || said...

isk melampau betul budak2 ni.. kesian mangsa buli tu.. sedih pulak tengok.. sampai hati diorang ni.