PBS Hari Kedua
PBS Hari Ketiga
PBS Hari Keempat
*PBS is stand for Pengalaman Berasaskan Sekolah
Hari terakhir untuk PBS edisi pertama ini. Jadi, perlu kutip pengalaman2 indah sebelum meninggalkan sekolah ini.
Pengalaman Indah1
Perlu relief kelas 3A1. Budak2 sangat comel macam macaroons versi sederhana. Sebab kelas first, confirm otak semua bergeliga. Tapi still nakal. Budak2..
Macam biasa, saya dan Fatin masih bermain origami. Untuk kelas tahap 1 ini, kami tidak expect diorang tahu tentang origami. Jadi, disebabkan tangan kami tangan kayu (asal buat origami confirm failed) kami ajar buat baju sajalah!
Mereka teruja. Tapi yang tak best..
"Cikgu! Cikgu! Takde kertas la!"
Terpaksa la kami mengorbankan kertas buku nota.
"Cikgu! Tak reti la. Camne nak lipat nih.. Cikgu tolong la lipatkan.."
Semua datang berkerumun. Maka satu2 kami tolong lipatkan...
"Cikgu! Tak nak buat baju kemeja. Buat la baju kurung!"
Dan kami.. "Maaf ek. Kami tak khatam belajar origami lagi..."
Begitulah mereka. Dalam tak reti sana tak reti sini, mereka nampak sangat teruja dan gembira. Saya syak cikgu Pendidikan Seni diorang tak pernah mengajar origami ni.
"Sapa dah siap, boleh buat corak kat baju tu.." kami bersuara.
Murid2 amat suka mewarna, melukis. Kami round dari satu meja ke meja lain. Pelajar lelaki kebanyakannya melukis lambang Arsenal, Liverpool, MU. Memang gila bola. Pelajar perempuan banyak lukis gambar bunga. Biasalah perempuan..
Tiba2, seorang pelajar memanggil.. "Cikgu! Cikgu! Tengok saya lukis ni!"
Dan kami segera menuju ke pelajar perempuan itu. Lalu melihat hasil seni yang dibentangkan pada origami baju itu tadi..
Alahai.. even sekecil kuman saja tulisannya.. tapi cukup membuatkan kami terharu.. ya Allah.. begini indahkah perasaan seorang guru apabila dihargai...
Sebelum keluar kelas, wajib bergambar bersama-sama. Sebagai bukti telah berjaya merelief kelas untuk kali ini walaupun gambar seperti diambil dalam gua.. haih..
Pengalaman Indah 2
Tak perlu cerita panjang. Lawat entry ini. Dan sebelum mereka pulang, sempat bergambar bersama mereka yang sangat comel belaka..
Pengalaman Indah 3
Pertama kali berjumpa dengan guru besar, dan disuruh membuat sedikit kerja. Selepas itu, beramah mesra sebentar. Maklumlah, mahu mendapat penilaian yang baik. Markah kena jaga tu! Dan sempat bergambar dengan guru besar yang peramah tapi sudi meluangkan sedikit masa untuk kami itu..
Dan penilaian pun dapat semua baik.. Alhamdulillah..
Pengalaman Indah 4
Paling indah mungkin. Berkenalan dengan Fatin, Nora, Alya, Imah, Iffa, Zul, Zaki, Mamat Songkok Tinggi (tak tau nama). Korang memang best!
Pengalaman Indah 5
Berjumpa dengan guru2 yang selama ini
"Nak balik dah? Alaa.. datang la buat PBS kat sini lagi ek"..
"Erk?! Err.. hehehehhe..."
Mungkin kami tak dilayan kerana mereka sangat kesibukan. Dan mungkin kami juga begitu bila sudah bergelar guru nanti. Positive thinking sajalah..
Secara keseluruhannya, PBS kali pertama ini saya peroleh pelbagai jenis pengalaman.. dan baru saya sedar sepanjang lima hari menjalankan PBS, pakaian saya hanya berasaskan warna biru dan hijau! Oh pencinta bumi sungguh..
Agak tragis. Pulang dari sekolah lalu terus demam panas! Tak tau apa masalahnya tapi mengalami demam dan mengada-ngada mahu perhatian dari Mama Abah. Heh. Bukan senang mahu demam di rumah tau! Demam apakah ini? Demam rindu mungkin... kahkahkah..
Tamat PBS untuk kali ini.
*bas pukul 10 tapi muncul 11.30 malam-pemandu bas tak tau jalan ke Kelantan-sesat-sampai IPG pukul 6.30 pagi-bergegas ke kelas-siapkan RPH Pedagogi-buat entry ini-tidur! Gila penat!





2 suara hati..:
guru besar mesti puji ni..hehe..bagus2
semoga dya cepat sembuh dari demam panas tu eh.jgn malas mkn ubat taw..
alololo comelnye baju tu. kite dari azali xpernah lipat2 jadi baju, mst xjadi. hehe
Post a Comment