add!

Followers

Wednesday, May 4, 2011

Monolog Sebuah Hati

*Izinkan kata ganti diri "aku" untuk entry ini..

Baik. Setelah bertungkus lumus menjalani pelbagai agenda, diiringi pelbagai ujian dan kecaman yang bukan sedikit luka parahnya, hampir ribut juga dibuatnya. Alhamdulillah, getir itu berjaya aku lalui.

Blog ini sudah lama aku abaikan. Hanya sekadar memerhati, menceritakan pengalaman silam buat kenangan. Kalau ikutkan, banyak lagi pengalaman yang aku lalui belum tercoret. Nanti sajalah. Bukan semua orang suka membaca diari sebuah kehidupan fana. Macam aku sendiri, lebih suka membaca entry semasa.

Kesibukan yang melanda, tidak bermakna aku ketinggalan tentang perkembangan semasa yang memualkan. Aku rasa... benarkah ini planet yang aku diami ini adalah bumi? Mana pergi prinsip keamanan bumi yang menyuruh penduduk bumi mengamalkan keamanan sejagat?

Aku tau ini sudah basi. Namun izinkan aku berbicara tentang Sumpah Laknat Eskay itu..

Apa yang dapat aku perhatikan ialah perkara ini dilakukan dalam keadaan yang tergesa-gesa. Seolah-olah macam nak tunjuk sangat dia tak tipu and say.. "Sumpah! Wallah! Aku nampak dia @#$%^.." Lalu kita dasar Melayu.. asal sumpah saja, maknanya.. "Hah! Confirm la tu dia ni berkata benar!"

Menonton video itu dengan mulut terherot-herot menahan jijik.. Maaf. Bukan nak menghanjeng mahupun mengeji mengikut bahasa lembutnya, tapi.. mengapa insan yang mengucap syahadah pun tak betul.. menyebut bismillah pun salah.. mengaku sendiri terlibat dalam video itu.. ada hati nak bersumpah laknat??!!

Permainan politik amat aneh. Sampai aku sendiri malu nak mengaku warga Malaysia. Gara2 gila kuasa.. habis semua dosa kau buat. Heh! Dasar fasiq. Apa yang dapat aku tafsirkan.. tahun depan akan diadakan pilihanraya.. dan ini mungkin salah satu agenda mahu menjatuhkan pembangkang... kahkahkah dasar gila kuasa!

Heh! Nampak seperti aku berada di pihak pembangkang?

Tidak. Andai ditanya sama ada aku ini di pihak pembangkang atau kerajaan.. aku serasa mahu menjawab... "Kalau I buat parti sendiri boleh tak? I nak buat parti yang jujur, amanah, takde gila kuasa, nak jaga keamanan manusia sejagat, tak naikkan harga barang sesuka hati... boleh tak? boleh tak?!"

Kalau kes DSAI yang tidak mahu membuat sumpah balas, pasti ada penjelasannya. Sama ada memang dia sendiri dalam video itu (sekadar pandangan tipikal), atau dia tidak mahu Eskay akan menerima laknat Allah secara dasyat, atau tidak mahu melayan perbuatan bodoh itu.. tidaklah diketahui.. Namun, tidak salah andai aku beranggapan DSAI ada pendirian tersendiri...

Sebentar tadi baru sahaja aku membaca artikel yang mengatakan Eskay mengaku telah memakai baju kalis peluru ketika bersumpah. Err.. Dato'.. Kenapa Dato' tak pakai baju kalis petir terus? Kagum dengan Dato'.. dengan manusia Dato' takut.. dengan Allah Dato' tak takut...

Rakyat Malaysia semakin tinggi tahap inteleknya. Korang buat la apa pun.. kami hanya mampu berdiam.. dan menilai.. Stop!

Berbicara tentang Osama Laden yang mati ditembak..

Aku jadi keliru. Pihak sana mengatakan gambar itu adalah fake habis! Dan diakui Osama Laden tidak wujud. Hanya provokasi Barat untuk membuat lakonan layar perak yang hampeh..

Pihak sebelah sana pula mengatakan YA! Memang lelaki itu dijumpai lalu ditembak. Dan diakui oleh pengawalnya sendiri.

Apa yang mampu aku lakukan.. kita hanya tunggu babak lakonan seterusnya oleh mereka. Mereka takkan letih selagi tak menguasai dunia.. Dasar gila kuasa!

Cukup tentang dua isu semasa terhangat untuk kali ini. Kalau ikutkan hati, aku mahu sahaja menceritakan pemanasan global dunia masa kini.. isu Kris Dayanti yang tiba2 mengandung 4 bulan.. andai blog ini sebuah laman maya yang mengeluarkan suara, pasti berdarah telinga kau semua mendengar aku membebel! Oh rindunya untuk membebel..

Segala coretan di atas ini hanya sekadar pandangan aku dengan isu sekarang. Lama juga rasanya aku tak menghasilkan entry hangen begini. Melepas geram namanya.. Jangan sue aku.. aku masih bergantung duit elaun..

*biar entry ini hambar tanpa gambar..

4 suara hati..:

Prince Halilintar said...

wow..bila daya start luahkan segala2nya..macam2 cite ade kat satu entri...hahaha

n!da said...

i loikkee this en3 very muchh!
mucho gracias sebab berjaya meluahkan ape yg saye rase.

where is the love??~~

HAZWAN17 said...

oh politik malaysia
semakin hari semakin busuk dan kotor...

mykhalis said...

mesti rasa lega kan?