"Ustaz! Panas! Tak boleh belajar. Nak balik!" kata kami sambil kibas2 buku, tudung, kertas, and segala apa yang boleh dikibas kasi angin bertiup kencang sikit dari kipas dinding.
Perasan tak? Dunia sekarang semakin aneh. Aneh dari segi cuaca. Ini yang nak fokus. Sepatutnya, hujung bulan 3 itu adalah musim kemarau. Tapi tiba2 bertukar musim hujan. Menjadikan negara kita telah menerima hujan yang agak banyak sedari awal tahun lagi.
Lalu sekarang ini musim telah bertukar kepada kedudukan yang sepatutnya. Menjadikan negara kita panas dua kali ganda dari biasa. Berbahang rasa. Setiap hari bermandi peluh, boleh kalah bermandi shower. Hebat!
Tahu tak kenapa? Tahu tak?
Saya cuba bagi satu sebab pemanasan global masa kini. Pencairan ais.
Apa yang kita tahu selama ini, kutub utara telah menternak ais sejak beribu kurun lama dahulu. Kiranya siapa yang mati di situ, mayatnya mungkin boleh ditemui dalam bongkah ais. Oh betapa tingginya hiperbola ku!
Kini, ais itu telah mencair sedikit demi sedikit. Memang kedengaran macam.. "Alah! Sikit je cair. Lek lue!" Tapi bila ais itu telah mencair selama 25 tahun, apa kau nak kata?
Kepada yang berminat bidang geografi, pasti mereka tahu beberapa buah tempat terutama di persisiran pantai telah tenggelam gara-gara paras air laut yang meningkat. Dan tak mustahil Malaysia akan mengalami perkara yang sama satu hari nanti. Nauzubillah..
Eh? Apa kena mengena pencairan ais dengan pemanasan global?
Kau tahu iceberg? Iceberg yang dilanggar Titanic itu lah. Pada zahirnya iceberg itu nampak kecil, namun yang sebenarnya ia amat besar di dalam laut! Tidak mustahil mengapa Ttitanic boleh terputus dua lalu tenggelam.
Iceberg ini berfungsi untuk memantulkan cahaya matahari yang terpancar. Lalu cahaya matahari yang hampir 70% terpantul itu akan keluar dari lapisan ozon. Baki 30% lagi sudah tentu diserap masuk ke dalam laut lalu laut menyerap haba yang dipancarkan oleh cahaya matahari tadi.
Namun kini, disebabkan iceberg semakin berkurangan, laut telah menyerap hampir 70% haba cahaya matahari menyebabkan suhu bumi menjadi panas seperti sekarang. Boleh faham tak anak-anak?
Stop! Kenapa iceberg semakin berkurangan? Dulu tak begini pun?
Ini semua adalah sikap manusia sendiri. Manakan tidak, pokok2 balak ditebang, pembangunan tinggi membabi buta dibina. Manalah matahari tidak terik. Bila matahari terik, maka berlakulah pencairan ais seperti yang diceritakan di atas.
Wah! Hebat! Mana belajar semua ini? Bukankah Geografi PMR dulu dapat C kan?
Kah3.. inilah yang nak diceritakan sebenarnya. Pada 23-25 April lalu, saya telah terpilih untuk menyertai kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS) anjuran Jabatan Alam Sekitar di Demong Resort (depan IPG je =.=") bersama IPG Kota Bharu.
Mula2 bila dapat tau terpilih, rasa happy sangat sebab boleh skip kelas hari Ahad. Tapi, hampir hari nak pergi, hilang segala mood. Rasa tak nak pergi pulak!
23 April 2011
Pagi - Daftar, Ice Breaking (main game, nyanyi lagu negeri), bahagi kumpulan, ceramah

Tengah hari - buat Kotak Suria (masak telur dalam kotak hitam), ceramah

Petang - ceramah, pembersihan pantai Bukit Kluang and Demong (masa ni sempat pow sorang budak ala Ustaz dari IPGKB, heh!)
Malam - ceramah, LDK (ngantuk!)
24 April 2011
Pagi - Kualiti Air Sungai
Apa jadah ntah cara2 menentukan kualiti air sungai. Nak tengok sejauh mana kekeruhan air tu. Masa tulah baru saya kenal apa itu Dissolve Oxygen, Nitrate, Phostate, pH, Coliform, Turbidity, ppm, JTN ntah apa jadah lagi ntah. Maklumlah, Sains dan saya adalah musuh.
Jungle Tracking
Gila benci dan kecewa masa ni sebab tiba2 pitam masa naik bukit effect makan ubat demam. Tak pernah berlaku dalam sejarah. Serius shit memalukan! Thankz to Puan Nik, Tiqa, Yo, Aiman, Abang fasi, sebab tolong. Kalau tak, adalah keluar berita seorang student IPG mati jatuh Bukit Kluang. Oh noob gila!
Petang - LDK Eko Enzim, Household Waste Composting
Cerita cara-cara buat baja dari sisa makanan terbuang. Sekaligus dapat mengurangkan pencemaran bau dan tanah pada bumi, malah menghasilkan tumbuhan yang sangat segar dengan menggunakan baja ini. Nak cerita panjang sangat. Menyampah pula korang nanti.
Malam - LDK Amalam Mesra Alam
25 April 2011
Pagi - tayangan video (best gila! And wajib tengok!)
Tengah hari - sesi interaksi, persembahan kumpulan. (kumpulan paling noob! *mata ke atas, tangan ke dada! Sigh~)
Petang - balik IPG. Yeay!
Kesimpulan, KeKAS bagi saya adalah membosankan!
1. Takde mood sepanjang program ni berlangsung, tambah2 baru habis assignment. Burn masa enjoy!
2. Ada fasilitator yang cenging.. bengkeng.. ntah apa jadah lagi ntah. Heh! Kau ingat kau bagus sangat?!
3. Fasilitator terlalu memandang tinggi kepada kami yang bakal guru. Nobody perfect. Kau ingat bakal guru takde yang perangai serupa syaitan? Jadi, bila salah sikit, mula la nak condemn habis. Tension!
4. Err..tak berapa minat dengan hal2 berkaitan Geografi paya bakau segala. Wrong person la!
5. Group sangat tidak best!!! Semua yang tidak masuk kepala. Sebab itu jadi group paling last, takde kerjasama, persembahan pun takde sapa yang sudi ketawa. Oh noobnya..
Kalau ditanya, nak pergi KeKAS lagi ke tak? Lalu cepat2 saya jawab.. "tidak mengapalah. Saya bukan insan yang layak untuk menyertainya. Boleh pilih insan lain"
Apapun, saya tak nafikan aktiviti KeKAS sangat menarik dan banyak ilmu yang dapat, kawan pun dapat. Kenal dengan Kak Aisya, Kak Ana, Kak Tiqa, Zack, Hafiz. Rapat ukhwah dengan Cona, Fara, Dayat, Nuar. And..kalau pergi dengan ikhlas, insyaAllah akan rasa sangat seronok.
Apa2 hal pun, alam sekitar adalah hak milik kita bersama. Sebab, kita hanya menumpang dengan mereka sahaja. Ibarat menumpang rumah orang, jadi buatlah cara menumpang. Hargailah sumber alam sekitar kita.
*major pic di atas adalah pic group sndiri. jgn pelik sbb byk muka sama.









1 suara hati..:
bagus kem macam ni boleh pupuk semangat cintakan alam sekitar
Post a Comment