Selamat Hari Bapa!
Masih belum terlambat untuk mengucapkannya. Untuk Abah, sudah diucapkan seminggu lalu. Siap minta belanja lagi. Lalu Abah menggeleng kepala tanda mengeluh secara halus seperti mengatakan.. "Haih anak aku nih. Asyik minta belanja je. Botak la macam nih.."
Abah memang wira! Sebagai ketua keluarga, Abah memang menjaga betul2 kami sekeluarga.Saya sering teringat masa kami kemalangan akhir tahun lepas, saya nampak air mata Abah gugur salahkan diri sendiri sebab tak memandu dengan baik. Kami sekeluarga buat drama air mata di balai polis itu. Abah memang bertanggungjawab.. walaupun kemalangan itu bukan salah Abah. Ah..perlu ke diingat semula...
Abah memahami. Dia faham anak dara dia yang childish ini. Kadang2, saya sukakan permainan masak2, barang2 kemas, kayu sakti bentuk rama2, kepak rama2. Sound funny. Ramai yang mengutuk sikap childish itu. Tapi Abah tak pernah kutuk. Paling tak pun Abah cuma geleng2 kepala. Ya! Terbaik!
Dan Abah jujur. Kalau ada yang tak puas hati, come to papa! Straight to the point kena sembur habis2. Lalu anak dia ini mengikut perangai itu dengan senang hatinya. Baran itu perlu sekali sekala..
Sebagai seorang anak, saya tak mengharap apa2. Cuma kesejahteraan dan kebahagiaan Abah. Sehingga saya bertekad.. andai saya masih belum bertemu jodoh selepas habis belajar nanti.. dan andai saya ditakdirkan mengajar di tempat pedalaman, Abah lah insan yang akan saya bawa.
What ever! By hook or by cook, Abah mesti ikut!
Kata2 saya ini disusuli dengan tidakan menepuk dahi sambil geleng2 kepala dari Abah. Abah.. kakak sayang Abah..
* hari bapa itu hari2.. cuma bulan Jun ini paling tak pun raikanlah bapa dengan seungkap ucapan ikhlas..

5 suara hati..:
abah akak pon wira gak.. huhu tapi da tak dapat nak wish lagik...
abah KAMI pun wira juga, wira segalanya. :)
btol2 abah2 kita semua wira! xde yg lain lebih layak.. :)
abah dya pula yg belanja huhuu
best la abah selalu belanja hehe
Post a Comment