Maaf la lambat sehari. Jangan risau, tarikh tetap dischedule ke hari yang betul. Maklumlah.. susah jadi perempuan pandai masak ni, maka semua mahukan perhatian lebih. Sigh~
Oleh sebab organ merintih kepenatan, maka penulisan diringkaskan sahaja lah. Danial ialah seorang adik yang pendiam yang dalam diam rupa2 nya materialistik. What??!! Yup! Dia sangat gemarkan subjek Prinsip Akaun. Selalu dapat markah yang ok. Bila ditanya rahsia, katanya...
"Kalau kau seorang yang gila duit, nescaya kau akan cintakan subjek ini!"
See?! Sudah terang lagi bersuluh budak ini bersikap materialistik dalam diam. Muahahahaha...
Lagi.. seorang anak lelaki yang bertanggungjawab. Masih aku ingat... tentang kemalangan hari itu.. kalau bukan Danial yang cuba untuk membuka pintu, tentu kami lebih teruk di dalam kereta. Nauzubillah.. Syukur ya Allah kerana kau hadiahkan aku seorang adik yang mengenal tanggungjawabnya sendiri.
Emm.. macam panjang. Baiklah. Masa untuk berhenti. Buat Danial.. even kita selalu gaduh dan akak akan mencarut sesuka hati bagai tiada iman, tapi akak sayangkan kau. Untuk SPM tahun ni, buat yang terbaik. Jangan hampakan harapan Mama and Abah yang dah banyak melabur duit untuk masa depan kita. Doa akak sentiasa untuk kau.
SELAMAT HARI LAHIR DANIAL.. SWEET 17

1 suara hati..:
hepy belated befday tuk danial jgk..
Post a Comment