add!

Followers

Sunday, June 12, 2011

Ikut Kata Hati...

Huh.. (mengeluh). Melawat blog bersawang yang semakin terbiar ini. Serasanya, bila template dah ditukar, mungkin wujud mood untuk berblogging semula. Malangnya....

Blog Hampir Pupus..

Kawan2 blogger lain pun begitu. Masing2 mendiamkan diri. Aku? Perlu bangkit. Hey! Bukankah itu yang aku mahukan dulu? Punya sebuah laman untuk melepaskan kesemua karya di minda? Persis kurang bersyukur insan seperti aku ini..

Ganu hebak!


Bercerita tentang bola. Yah! Terengganu unggul tahun ini! Tak cukup dengan piala FA, dalam SUKMA pun mereka balun. Terbaik wok! Sebagai perantau, aku tumpang bangga. Haha. Jadi... apa salahnya kasi cuti lebih kan? Kelantan pun kasi cuti tau even kalah. Takkan Terengganu yang menang bertingkat-tingkat tak kasi cuti... Paling tak pun kasi cuti seminggu dah la. Haha demandnya aku.

Cuti berbaki seminggu. Cuti yang langsung tak serupa cuti. Dalam cuti, masih lagi memikirkan result exam. Entah menda ntah result aku tu kalau semua paper aku goreng secara hangus. Sudah lupakan saja. Apapun keputusannya, aku redha.

Maharaja Lawak


Mari bercerita tentang Maharaja Lawak. Aku peminat tegar kumpulan Jambu. Jangan berani kutuk. Lawak mereka internasional! Kalau dulu aku peminat Jozan dan Nabil masa minggu2 awal ML, tapi sekarang aku semakin hampa dengan mereka. Mungkin mereka sudah terlalu yakin untuk sentiasa di tangga teratas.. Jadi aku beralih pada Jambu. Walaupun minggu ke 11 persembahan Jozan dan Nabil meningkat mendadak. Aku tetap Jambu. Walaweyh!

Akademi Fantasia


Pada tafsiran aku, silap besar sebenarnya masa tanyangan AF tahun ini. AF serius tenggelam dengan Maharaja Lawak dan Mentor. Cuma.. sejak beberapa minggu ni baru terasa kehangatannya. Tambah lagi malam ni final. Aku? Tiada siapa yang akan aku sokong memandangkan kualiti mereka tidaklah berkualiti mana pun. Eloklah AF terakhir. Tak larat nak tengok artis segera yang tak berkualiti lagi.

Aku sebenarnya.. menaip ikut kata hati. Sebab tu caca merba. Tiba2 terkeluar ML, AF, ntah apa jadah lagi ntah. Mulai esok, insyaAllah andai masih dipanjangkan umur.. aku mahu aktifkan semua blog yang terbengkalai. Sayang...dibina penuh semangat.. tapi akhirnya.. merundum juga..

Salam kasih dari hati. Bicara hati ini kadang sukar dirungkai. Ah. Karut lagi.

1 suara hati..:

n!da said...

hoho. behse la tu cik dya.
saye pon mcm gitu jugak
mood berblogging turun naek mcm pantai. ade pasang surutnye.

kdg2 bile da pasang smpi tsunami.
kdg2 bile da surut mcm kemarau 10 tahun. hehe..