add!

Followers

Monday, August 15, 2011

Dia Kata Aku Comolot!!!!

Minggu ini kesihatan telah diuji. Sakit di mulut, perut, selesema saling bersatu.

Bermula dengan ulser atau mata ikan sebanyak 5 bijik tumbuh melata di sekeliling mulut, ada1 bijik yang macam makin besar gila. Sekarang, dah surut, tapi masih tak baik lagi. Hampir seminggu kot.. diikuti pula dengan sakit gigi dan gusi yang ngilu sangat. Bila tekan je gigi and gusi mesti sakit. Sampai rasa kena menganga baru kurang sikit sakit. Pulak tu, air liur jadi macam pemurah, sentiasa merembes tak berhenti.

Belum campur dengan sakit perut yang menguasai carta penyakit di IPG sekarang ni. Ramai yang keracunan makanan. Dan dikatakan berpunca dari bazar ramadhan. Hmm...

Selesema. Dah beberapa hari. Tapi takde la teruk sangat. Cuma, efeknya sampai buat sakit kepala. Yes. Bertambah satu lagi penyakit. Selamat datang...

Jadi hari ini sudah tak tertahan dengan sakit semua tu, tambah2 ada jadual subjek yang sangat tidak best, jadi cepat2 pergi klinik. Mula2 rancangnya nak pergi klinik gigi, tapi..

Pakcik driver : Jauh sangat tu Klinik Gigi Pasir Akar. Jalan nak pergi Pasir Putih tu...

Aku : Tapi saya sakit gigi.. sakit sangat *sambil buat muka kesian giler..padahal aku masih boleh bertahan

Pakcik driver : Kita merayu je la dengan Klinik gigi Alor Lintang ni ek..

Lalu bertolak lah kami menggunakan bas kontot aka coaster. Apa jadahkah naik coaster untuk 2 orang?? Ini adalah kerana jasa baik Timbalan Pengarah IPG yang comel itu *ikhlas ni. Dia kata sebab aku sakit gigi, so dia bagi advance naik coaster. Tapi aku rasa naik kereta lebih menyeronokkan kan?!

Lalu, sampai saja di klinik gigi Alor Lintang, aku merayu. Malangnya, merayu la macam mana pun, doktor memang takde. So??

Disebabkan Pasir Akar itu jauh sangat, dan aku sendiri tak nak la pergi jauh2 sebab nak kejar sesi photoshoot *pergh.. , lalu pakcik itu memberi idea Gred A dengan menyuruh aku mengambil ubat tahan sakit dahulu. Esok, baru pergi klinik gigi!

Jadi masa tu student sakit yang lain dah settlesd amek ubat semua, aku baru amek nombor. Tiba2 perut rasa memulas. Lalu aku bergegas cari toilet dan membuat apa yang patut. Bila pergi balik kat tempat menunggu, tengok2 nombor aku tengah berkelip2. Lalu aku cepat2 masuk bilik itu.

MA : Awak pergi mana lama sangat tadi?

Aku : Toilet.. sakit perut..

MA : Hah! Ini sorang lagi mangsa keracunan makanan! 

Aku : *blur.....

MA : Dah berapa hari sakit perut?

Aku : Err... dah 3 hari. Tapi saya rasa bukan keracunan kot..

MA : Mana awak tau.. selalu beli makanan berbuka kat mana?

Aku : Bazar..

MA : Sah keracunan! Nanti saya bagi awak ubat cirit birit...

Aku : *garu kepala sambil angguk2...

Asalnya datang situ sebab sakit gigi, tiba2 disahkan dapat penyakit extra. Aneh...

MA : Awak sakit gigi? Sakit macam mana?

Aku : Asalnya tumbuh ulser. Lepas tu gigi and gusi jadi ngilu. Air liur pulak asyik keluar je..

MA : Awak puasa tak ni?

Aku : *angguk2.

MA : Tengok lidah.

Aku : *jelir lidah.. (haha)

MA : Nganga mulut.. (sambil letak batang aiskrim atas lidah dan suluh2 mulut aku)

Aku terfikir... batal tak puasa kita kalau letak batang aiskrim tu dalam lidah? Risau pulak aku kan...

MA : Errr.. awak pernah............ (sambil buat tangan kuncup2 *aku pun tak tau nak explain macam mana)

Aku : Hah?! *garu kepala

MA : Maksud saya, oral sex?

Aku : What??!!

MA : Alah... comolot! Pernah??!

Aku : Erk??!!!!! Astaghfirullah..... *aku masih dara hokay!!!!

MA : Saya tanya je. Sebab kuman dalam mulut awak tu seolah-olah macam menunjukkan awak suka bertukar-tukar pasangan dan buat sex oral..

Aku : *mengurut dada.. Encik, saya masih kenal dosa pahala.

MA : Maafkan saya.. dah berapa lama sakit mulut ni?

Aku : Seminggu...

MA : What?!!!! Patutlah! Kenapa lambat sangat jumpa saya? Awak tahu tak kalau bakteria dalam mulut awak tu bla bla bla.................................

Tak pasal2 aku kena bebel. Sudahnya....

MA : Kalau saya suruh awak buka puasa?

Aku : Takkan sekali-kali...

MA : Nak masuk kelas?
Aku : *geleng2 sambil sengih..

Akhirnya, aku dapat MC hari ni. Hahahaha (evil lough). Allah makbulkan doa aku hari ini. Terima kasih Allah..

Banyak pengajaran aku dapat hari ni. 

1. Jangan suka2 tuduh aku comolot. Jadah apa nak comolot dengan sapa pun aku tak tau!
2. Kalau sakit cepat2 pergi klinik. Jangan biar seminggu macam aku baru nak pergi jumpa. Tak pasal2 berdarah telinga kau kena leter nanti...
3. Jangan sebab alasan sakit, kau gatal nak buka puasa. Baru sakit sikit... bukan nazak pun.
4. Sakit itu nikmat, menghapuskan dosa kecil.
5. Jangan kumpul sakit banyak2. Nanti dapat sedozen ubat macam aku sampai aku pun tak ingat itu ubat jenis apa. Tak pasal2 aku kena google balik..

tak tau apa motif dia bagi paracetamol tuh..

Sekian diary untuk hari ini. Terima kasih *bongkok badan

4 suara hati..:

Atsuko Ichirou said...

owh...best tak comolot??
hehe...sengal punye MA..

HANNAN.AHMAD said...

kah3...comolot ke cium mulut.dasat tol la MA 2.ntah2 terlbih advance stdy kot MA 2 doluk2...hahahahaha..siyes lawak kot.nak tgelak2 ak baca...kui3

|| a - j . E . E || said...

finally pergi jugak ke klinik ek.. rajin2 makan ubat tau.. <<<pandai pesan orang suh makan ubat tapi sendiri pon ke laut.. hahaha

Prince Halilintar said...

kalau perkara yg kite xbuat kite xkan rase takut utk jawabnya kan..

prince doakan semoga cepat sembuh ye=)