add!

Followers

Tuesday, August 9, 2011

Seminggu Bertuankan Amarah..

Assalamualaikum.. ke hadapan blog tersayang... cewah!

Maafkan tuanmu ini kerana tidak mengupdate apa2 entry di sini. Jangankan di sini, yang macam2 lagi juga sudah tidak diupdate.. tak tahu la kenapa beberapa minggu kebelakangan ini adalah sangat meletihkan.. seiring dengan itu maka wujudlah trademark.. "Letih la aku...." yang memanjang keluar dari mulut yang semenjak dua menjak ini asyik nak menceceh tak habis2..

Minggu lepas boleh dikatakan minggu 'hell'. Serius 'hell'. Sebab sesi pembelajaran yang langsung takde waktu rehat, terus menerus sampai pukul 3 petang. Mana aku tak gila.. dah tu, tiap2 malam ada je kerja group yang kena settle. Kalau tak siap pukul 12, memang tak sah. Untuk pengetahuan, pukul 10 adalah waktu tiduryang sangat ideal.

Jadi, satu hari balik2 dari kelas dengan keadaan yang lemah longlai, terus tengok cermin. Ok. Tak nak cerita la pasal eye bag. Semua orang dah maklum kalau tak cukup tidur ni memang eye bag jadi bengkak semacam. Tapi yang terkejutnya tengok urat mata dah memerah. Mata pun macam dah kekuningan semacam. Heh.. sedang nazakkah aku ini? Lantaran itu, cepat2 tunaikan solat Zohor lalu tidur dengan tidak aman.

Ya tidak aman. Sudah dikatakan.. minggu itu adalah minggu 'hell'. Minggu yang penuh dengan kesibukan dunia sampai lupa nak sibuk untuk akhirat sana. Hello.. bulan  Ramadhan ni. So please jangan menspoilkan waktu yang terluang dengan benda2 yang remeh. Sebab kelas habis pukul 3, tadarus tak sempat nak buat. Baca Al-Quran pun cari masa jugak nak baca. Andai kata ini adalah ramadhan terakhir aku.. macam mana?

Dan disebabkan minggu 'hell' itu juga, aku telah mengamuk sepuas hati aku tanpa belas kasihan. Serasanya, sepanjang aku bernafas di muka bumi ini, belum pernah aku mengamuk seminggu berturut-turut sedemikian rupa. Sehingga ada yang menegur muka menyuruh aku senyum walaupun sedikit. Nampaknya, panas baran aku mula menunjukkan belang.

Heh. Untuk muqadimah saja aku sudah membebel sebegini panjang. Seiring dengan bebelan yang terbit dari mulut ini. Nampaknya mulut dan hati ini serasi. Heh.

Jadi sebab ke'stress'an yang melanda, aku mengambil keputusan drastik untuk pulang ke rumah ke kampung halaman. Cewah. Kepulangan ini sudah tentulah suprise. Masakan tidak, kalau parents aku tau, awal2 lagi aku kena halau dari rumah. Jadi biar semuanya suprise.

Disebabkan nak suprise sangat, aku sanggup berhabis duit naik teksi dari naik bas. Nak keselesaan la konon. Sudahnya, dalam teksi tu aku seolah-olah mendengar ceramah kaunseling 'kursus perkahwinan' dari uncle apa ntah nama dia yang penting dia India.

"Kita ni orang Malaysia sikit2 cerai. Saya ini sudah 28 tahun kahwin punya, gaduh2 kecil ada juga. Tapi, kena pandai settle. Kalau tidak, kesian sama anak2. Kita punya masalah, anak2 yang tanggung. Aiyoyo..."

Terhangguk-hangguk kepala aku mengiyakan. Tapi, yang paling aku respect dalam kata2 dia..

"Kita ni semua agama suruh sembahyang. Saya sendiri sembahyang punya orang. Saya percaya kalau kita sembahyang, Tuhan akan lindung kita. Dalam Islam pun macam tu juga kan adik..."

Dan aku mengangguk dalam kagum sekali lagi. Dari mengantuk yang amat, terus segar bugar mata aku.

Sampai di rumah, aku nampak pintu rumah terbuka. Mama dan Abah sedang berdating di ruang tamu tanpa mengadap pintu (nak dating tutuplah pintu..haha) dan dari jauh aku dengar satu perbualan.

Mama : Sapa yang serba pink tu? (sambil tengok skrin tv yang memang sengaja tak on)

(Aku pandang diri aku yang memang serba pink hari tu)

Abah : Salesgirl la tu.

Aku : Assalamualaikum....

Mama & Abah : Waalaikumussalam.. tak nak. tak nak. kami tak beli apa2.. (tanpa memandang aku yang terpacak depan pintu)

Aku : Assalamualaikum... boleh saya jumpa dengan Nurul Diyanah? (jadah apa sebut nama sendiri)

Mama dan Abah berpaling ke muka pintu. Lama. Dan aku juga menanti respon mereka dengan sengihan di bibir. And lastly....

"BERTUAH PUNYA ANAK BALIK TAK BAGITAU!!!"

Ya. Minggu itu untuk hari kelimanya perasaan aku sudah mula stabil. Alhamdulillah. Sampai sekarang aku sudah mampu mengawal emosi sendiri. Kepada mangsa2 amarahku, maafin gue ya.. Gue ini suka bikin panas dong..

Dan kepulanganku juga disambut dengan keindahan mawar segar...





Walaupun bunga ini sudah mengering, namun keharumannya masih kekal mewanai rumah itu.

Satu pengajaran yang saya peroleh, andai kamu dalam keadaan amarah, cepat2 mencari penawarnya. Kerana pada masa itu, kamu berpotensi untuk lebih amarah walaupun dengan hal yang remeh temeh. Segala amarah adalah datang dari syaitan laknatullah.. yang baik itu dari Allah, yang buruk itu adakalanya dari kelemahan diri kita sendiri..

*perasaan benci juga adalah dari amarah..

7 suara hati..:

Prince Halilintar said...

tips lain prince blh kongsi untuk mengurangkan amarah ialah dgn mengambil wuduk..insyaAllah =)

dya adriza said...

thankz prince.. masa tu dah byk kali jugak la amek wuduk tp still marah sgt. teringat kata2 sorg kawan, mula2 puasa mmg kita diuji utk mengawal nafsu. hmm hakikatnya mmg saya teruji..

Prince Halilintar said...

dya: ni emel prince: yim_my47@yahoo.com

n!da said...

cik dya marah mesti comel kan kan kan? ohoho.

haha tak menahan sales girl. hahaha

HANNAN.AHMAD said...

wah...dasatnye die....berEMO gilee...huhuu...

dee said...

:)

|| a - j . E . E || said...

terkekeh2 akak gelak sendiri.. kompem kene sekeh dengan encek suami. haha