add!

Followers

Thursday, October 27, 2011

Tentang Tudung

Assalamualaikum...

Zaman sekarang ni, pergi la kedai baju mana-mana pun, mesti jual tudung punya. Kalau tak tudung sarung terus atau lebih mesra dengan 'tudung Indon', mesti ada selendang belit-belit kepala. Tau dah tu.. baguslah. Sapa pulak kata tak bagus....

Yang tak berapa bagusnya, tengok la tudung tu saiz apa yang dijual. Kalau tak singkat kat dada, mesti tak lepas tutup bahu. Lagi-lagi kalau sanggul tinggi mengalahkan bonggol unta. Ok fine.. kata orang nak bertudung dengan istiqamah ni kena pelan-pelan. Start dari pendek dulu... next labuh sikit, labuh and labuh and labuh biar sampai jadi telekung. Ok fine.. itu kata orang lah. Better la bertudung dari tak reti-reti nak bertudung kan. Baguslah kalau dah mahu bertudung..

Kalau tengok sekarang ni, macam-macam fesyen tudung kita boleh nampak. Yang terbelit-belit, sarung-sarung, penuh batu bata.. Saya macam mana? Tipu lah kalau saya kata saya tak berminat dengan fesyen belit-belit tu. Dah nama pun fesyen kan, buruk macam mana pun, asal dah nama fesyen, tambah-tambah jadi ikutan, tetap jadi cantik jugak.

Yang menjadi masalah dan buat saya hangen satu badan nih.. kenapa la tak ramai yang nak jual tudung bidang 60. Tak kisah la yang plain ke bercorak. Takut rugi? Tak untung banyak sebab tak ramai orang pakai tudung tu?

Itu yang saya kesalkan. Ramai jual tudung, macam-macam jenis tudung. Tapi tudung bidang 60 ni macam langsung tak ambik peduli. Sedangkan, kita patut menutup aurat dengan melabuhkan tudung di bahagian dada dan paras siku. Tapi tudung tu la yang sangat susah untuk dicari dan dijumpai!

Saya tak kata saya baik. Bukan niat nak menunjuk bercerita kat orang saya pakai tudung labuh. Bukan macam tu. Saya cuma terkilan.. tudung yang sepatutnya berhak dijual dengan lebih banyak langsung tak diberi perhatian. Yang susahnya.. orang-orang yang memakai tudung sebegini lah.

Saya akui.. tak semua tempat begitu. Cuma di bandar ini.. tempat saya bermustautin kini... kalau jumpa lah tudung sebegitu, memang satu rahmat...

Oh Allah... mana saya nak cari tudung macam tu.... T__T

4 suara hati..:

cendawanpink said...

cuba tgk heliza helmi hijab..byk yg cantek2 gak..

http://www.facebook.com/#!/media/set/?set=a.10150269029297605.339294.38760492604&type=3

Prince Halilintar said...

macam2 fesyen skrg ni bertudung..yg penting tujuan utk bertudung tu jgn dilupekan ye..

model pakaian muslim wanita said...

salam kenal dari saya,,sukses yahh dengan postingan nya

Ms. Azza Zahra said...

Salam Dya!

Ada byk jual kat jln tar,
Ada sbenarnya klu kite carik
betul2. Sbb azza slalu gak jumpa
tudung macam tu. Pasti ada! (: